Date: 9th November 2013
Led By: Amalina Anuar & Najihah
Topic: Sifat-Sifat Mazmumah
Sifat-Sifat Mazmumah
1) Hubbul jah
(Kasihkan Megahan)
Iaitu kasihkan kemegahan, kebesaran dan pangkat (dan hatinya
sentiasa berkehendakan kepada kemasyhuran)
Perasaan inginkan kemegahan dan pangkat kebesaran menjadikan
perbuatan seseorang itu tidak ikhlas kerana Allah.
Akibat daripada sifat tersebut boleh membawa kepada tipu
helah sesama manusia dan boleh menyebabkan seseorang itu membelakangkan
kebenaran kerana menjaga pangkat dan kebesaran.
2) Hubbud Dunya
(Kasihkan Dunia)
iaitu mencintai perkara-perkara yang berbentuk keduniaan
yang tidak membawa sebarang kebajikan di akhirat.
Banyak perkara yang diingini oleh manusia yang terdiri
daripada kesenangan dan kemewahan. Di antara perkara-perkara tersebut ada
perkara-perkara yang tidak dituntut oleh agama dan tidak menjadi kebajikan di
akhirat.
Oleh yang demikian, kasihkan dunia itu adalah mengutamakan
perkara-perkara tersebut sehingga membawa kepada lalai hatinya daripada
menunaikan kewajipan-kewajipan kepada Allah.
Namun begitu, menjadikan dunia sebagai jalan untuk menuju
keredhaan Allah bukanlah suatu kesalahan. Cinta dunia adalah sesuatu yang sangat berbahaya. Perhatikan
sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
“Kalau begitu, bergembiralah dan berharaplah memperoleh sesuatu yang melapangkan diri kalian. Demi Allah, bukan kemiskinan yang aku khawatirkan akan menimpa diri kalian. Akan tetapi, aku kahwatir jika dunia ini dibentangkan untuk kalian sebagaimana ia dibentangkan untuk orang-orang sebelum kalian sehingga kalian berlomba sebagaimana mereka berlomba, dan akhirnya kalian hancur sebagaimana mereka hancur.” (Hadis riwayat Muslim (2961) dan al-Bukhari (6425), dan Ibnu Abi ad-Dunya dalam kitab tentang Zuhud hal. 73)
Perhatikan Firman Allah SWT berikut ini:
“Ketahuilah, bahwa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan sesuatu yang melalaikan. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu.” (Surah Al-Hadid (57) ayat 20)
Cinta dunia adalah segala sesuatu yang membuat kita lalai
kepada Allah SWT . Chontohnya, solat, puasa atau sedekah, dan kalaupun kita
tetap melakukannya tapi tetap dikatakan sebagai urusan dunia, jika niatnya
ingin dipuji makhluk hingga hati lalai terhadap Allah.
3) Takabbur (sombong)
Berbangga diri bahawa hanya dirinya yang paling hebat dan
benar dibandingkan dengan orang lain. Takabur atau sombong merupakan sifat yang
tercela dan berbahaya. Bagi orang yang takabur, Allah s.w.t akan member balasan
berupa neraka jahanam sebagaimana firman Allah s.w.t
:Maka masuklah pintu-pintu neraka Jahanam kamu kekal di dalamnya. Maka amat buruklah temat orang
oran yang meyombongkan diri (An-Nahl:29)
Islam sangat melarang umatnya memiliki sifat takabur kerana
kesombongan akan membuka jarak antara si kaya dan si miskin. Disamping itu,
kita haurs sedar akan semua yang kita miliki hanyalah pemberian Allah
s.w.t sebagai nikmat
“Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membanggakan diri” (An-Nisa: 36)
Jenis-jenis Takabur:
a)Takabur kepada
Allah s.w.t
b)Takabur kepada Rasullah s.a.w
c) Takabur kepada sesame manusia
4) 'Ujub(bangga diri)
- Iaitu
merasai atau menyangkakan dirinya lebih sempurna.
- Orang
yang bersifat ‘ujub adalah orang yang timbul di dalam hatinya sangkaan
bahawa dia adalah seorang yang lebih sempurna dari segi pelajarannya,
amalannya, kekayaannya atau sebagainya dan ia menyangka bahawa orang lain
tidak berupaya melakukan sebagaimana yang dia lakukan.
- Dengan
itu, maka timbullah perasaan menghina dan memperkecil-kecilkan orang lain
dan lupa bahawa tiap-tiap sesuatu itu ada kelebihannya.
Ujub termasuk dalam
kategori dosa
besar, dimana dalam hatinya bercongkol suatu sifat
yang dapat menghilangkan kekuasaan Allah, termasuk dalam segala perbuatan yang
telah Allah ciptakan (sifat baik dan buruk)[1], maka dari itu Allah berfirman dalam
surah Al-A’raf ayat 99:
“Maka Apakah mereka merasa aman dari azab Allah (yang tidak terduga-duga)? Tiada yang merasa aman dan azab Allah kecuali orang-orang yang merugi”.
5) Riya’
(menunjuk-nunjuk)
“Riya’ adalah melakukan ibadah karena mengharap arah kepada
manusia supaya mendapat keuntungan darinya (pujian dan penghormatan)”.
Iaitu memperlihatkan dan menunjuk-nunjuk amalan kepada orang
lain.
Setiap amalan yang dilakukan dengan tujuan menunjuk-nunjuk
akan hilanglah keikhlasan dan menyimpang dari tujuan asal untuk beribadah
kepada Allah semata-mata.
Orang yang riya’ adalah sia-sia segala amalannya kerana
niatnya telah menyimpang disebabkan inginkan pujian daripada manusia.
“Dan apabila dikatakan kepada mereka:“Janganlah kamu membuat bencana dan kerusakan di muka bumi”, mereka menjawab: ”Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan”. Ketahuilah! Bahwa sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang sebenar-benarnya membuat bencana dan kerusakan, tetapi mereka tidak menyadarinya. – Surah Al-Baqarah
No comments:
Post a Comment