Sunday, July 7, 2013

Cara Mendapat Doa Malaikat

12 Cara Mendapat Doa Malaikat
dari Ustaz Firdaus (DPIA Marsiling)

1. Orang yang tidur dalam Keadaan Suci
  • Bersugi
  • Wuduk
  • Membersihkan tempat tidur
  • Tidur berbaring ke Sisi Kanan
  • Membaca doa
  • Bangun dari tidur masukkan air ke dalam hidung dan menghembusnya keluar sebanyak tiga kali
  • engapa Terasa Malas?
  • Syaitan mengikat dengan 3 simpulan
  • Cara membuka ikatannya –
  • Pertama – membaca doa apabila terjaga dari tidur
  • Kedua – mengambil wuduk
  • Ketiga – mengerjakan sholat dua rakaat
2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat
  • Duduk niat berikhtikaf kalau di masjid
  • Zikir, berdoa atau diam sahaja
  • Sambut azan – siapa yang mengucap seperti azan dengan yakin nescaya masuk syurga (Adabnya waktu azan jangan berkata-kata)
  • Baca doa selepas azan – mereka berhak mendapat syafaat Rasulullah saw
3.Orang yang berada di saf depan solat berjemaah
  • Berlawan kalau boleh untuk saf pertama
  • Bab ini kita kena “pentingkan diri sendiri”
  • Saf kanak-kanak – tidak mengapa bersama saf orang dewasa (Hadis riwayat Anas ra)
  • Luruskan serta rapatkan saf - takut seliseh wajah dan syaitan akan masuk ke ruang-ruang yang kosong
  • Menyambung saf – jangan mulakan yang baru jika masih ada ruang
4. Orang-orang yang menyambung saf
  • Rasulullah saw memohon keampuan untuk mereka yang berada di saf pertama tiga kali dan sekali untuk saf kedua
  • Jangan mulakan jemaah lain
  • Mulakan saf dari tengah terus kanan dan kiri

5. Orang yang membaca “Amin” bersama imam
  • Kalau makmum terlambat atau masbuk sekurangnya kejarkan “Amin” bersama Imam
  • “Nabi Musa berdoa manakala Nabi Harun mengaminkan dan Allah swt memakbulkan untuk kedua-duanya”
  • Amin membuat doa makbul untuk semua
6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat
  • Umar ibn Khattab berpesan: “Selalulah mencari rakan-rakan kamu dalam sholat berjemaah
  • Duduk jangan bergerak selesai sholat untuk berdoa seketika  
7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan
  • Doa untuk orang lain sama seperti doa untuk diri kita
  • Mustajab
  • “Paling dekat hamba dengan Tuhannya adalah semasa sujud, maka banyakkan doa semasa sujud” (Muslim)
9. Orang yang membelanjakan harta (Infak)
  • Ikhlas Niat
  • Harta yang halal
  • Harta yang paling dicintai
  • Mendahulukan kerabat yang terdekat
  • Mengutamakan orang yang memerlukan
  • Menyembunyikan sedekah
  • Lembut kepada Fakir Miskin
  • Tiada apa-apa untuk sedekah – senyum dan baik kata
  • Siapa yang diutamakan untuk terima sedekah kita:
  • Untuk diri sendiri
  • Untuk isteri
  • Untuk anak
  • Untuk pekerja (sekarang pembantu rumah)
  • Untuk kerabat
  • Untuk sesiapa sesuka kamu
10. Orang yang sedang makan sahur
  • Berkah Allah swt
  • Menyalahi orang Yahudi (Ahli Kitab)
  • Bersahur walaupun dengan seteguk air
  • Mengakhirkan sahur
  • Jangan tinggalkan sahur
  • Kalau azan sudah kemandang habiskan apa yang dimulut kamu
11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit
  • Kafarah
  • Jangan cela deman – hapuskan kesalahan Bani Adam sebagaimana dihilangkan karat yang merosakkan besi (Muslim)
  • Allah swt gugurkan kesalahan macam gugurnya daun-daun pokok
  • Ziarah sangat dituntut
12. Seseorang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain.
  • Ilmu, Iman dan Amal
  • Rebut lima sebelum lima
  • Sesiapa yang mulakan kebaikan pahalanya berjalan selagi orang mengamalkan kebaikan itu
13. Menjemput Malaikat Ke Rumah
  • Zikr kepada Allah swt
  • Sentiasa Bersih
  • Penghuni yang baik – jujur, silaturrahim
  • Makanan halal
  • Jangan ada perhiasan – patung atau gambar
  • Jangan perlihara anjing
  • Jangan ada benda-benda amalan kurafat seperti horseshoe, seahorse 

No comments: